LATAR BELAKANG



OBJEKTIF 
  • Membantu universiti melahirkan pelajar yang cemerlang dan berdaya saing melalui keseimbangan dan kecerdasan mental, emosi, spiritual dan fizikal.
  • Menjadi perantara antara kaunselor dan pelajar di samping berperanan sebagai pemudah cara dalam membimbing dan menangani masalah pelajar.
  •   Membentuk ahli persatuan untuk bersama-sama bekerjasama memberi bantuan dan sokongan meningkatkan diri di dalam semua lapangan termasuk sahsiah, akademik, bimbingan dan kerjaya dan seterusnya.
  • Mengembangkan potensi diri pelajar sesuai dengan falsafah, misi dan visi Universiti Kebangsaan Malaysia seterusnya menghulurkan bantuan melalui bimbingan dan pendekatan psikologi kaunseling.
  •  Menjalankan latihan, program, seminar dan bengkel dengan kerjasama Unit Kaunseling kepada pelajar sesuai dengan keperluan sebagai pelajar yang intelek, mempunyai jati diri dan berdaya saing.
  • Melahirkan pelajar yang berjasa kepada masyarakat sekeliling demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang prihatin.       

 MISI 

Membimbing mahasiswa/i untuk menjadi lebih aktif melalui penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dianjurkan oleh kelab ini


SEJARAH PENUBUHAN

UPRS UKM merupakan sebuah persatuan berdaftar rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah ditubuhkan pada Mac 2011. Sehingga hari ini, seramai 100 orang mahasiswa/mahasiswi telah berjaya mendaftar sebagai ahli UPRS.

Bergabung tenaga bersama Unit Kaunseling UKM dalam memberikan khidmat sokongan, kaunseling rakan sebaya, maklumat serta khidmat rujukan bagi seluruh mahasiswa/i UKM.

Membuka peluang kepada seluruh mahasiswa/I untuk berkongsi masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebagai seorang pelajar, menjadi penggerak aktiviti dan pembinaan sahsiah diri yang dinamik & cemerlang.

Pada awal sebelum  penubuhan UPRS, persatuan ini sepenuhnya dikendalikan oleh Unit Kaunseling dimana Penyelarasnya ketika itu adalah Encik Mohd Izwan B. Mahmud. Bagaimanapun urusetia ini telah menjadi sebuah persatuan bermula Mac 2011 atas permohonan di pihak majlis tertinggi urusetia tersebut.

UPRS UKM mempunyai keistimewaan yang tersendiri apabila terletak dalam Unit Kaunseling dan dipantau terus  oleh  pegawai kaunseling UKM . Dengan kekuatan ahli seramai 30 orang dalam tahun pertama penubuhannya telah menunjukkan bahawa persatuan ini telah menjadi pilihan di hati para mahasiswa dan mahasiswi di UKM.