Friday 28 October 2011

Perkampungan PRS Kebangsaan -PERSIS IPTA

Pada 24 hingga 27 Mei 2011, UPRS UKM telah menyertai Perkampungan Pembimbing Rakan Siswa(PERSIS) yang diadakan di UTM, Johor. Program yang diadakan selama 4 hari 3 malam tersebut turut disertai oleh wakil dari setiap IPTA dan Politeknik di seluruh negara.Perkampungan PRS peringkat kebangsaan telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. 


PRS UKM telah menghantar seramai 20 orang peserta diiringi seorang pegawai dari Unit Kaunseling menyertai perkampungan tersebut di samping menimba ilmu dan pengalaman terutama kepada ahli-ahli exco dan ajk-ajk yang baru dilantik. Persis UTM merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran perkampungan prs ini. Disamping itu, diadakan juga mesyuarat PRS peringkat kebangsaan di mana semua wakil PRS dari setiap IPT berdiskusi dan dapat berkenalan antara satu sama lain.

Objektif Perkampungan PRS Kebangsaan ini diadakan antarAnya ialah :
1. Menghargai dan mengiktiraf sumbangan PRS.
2. Meningkatkan kesedaran dikalangan warga kampus akan kepentingan perkhidmatan kepada
     komuniti.
3.  Meningkatkan motivasi yang tinffi dikalangan ahli-ahli prs untuk terus berkhidmat dengan universiti
     melalui kaedah menjadi perunding cara kepada rakan-rakan sepengajian.
4.  Menerapkan ilmu-ilmu serta kemahiran insaniah kepada para peserta.
5.  Menjadi lapangan untuk perkongsian pendapat, pengalam, ilmu dan sebagainya yang amat berguna 
     untuk prs dan warga kampus khususnya.
6.  Mewujudkan kemahiran kepimpinan dikalangan ahli prs dan peserta.






pelbagai aktiviti dan pengisian program yang menarik seperti latihan dalam kumpulan, khidmat masyarakat ke beberapa buah kampung di sekitar Johor, malam kebudayaan, makan malam ala kampung dan sebagainya.












banyak lagi gambar-gambar yang menarik tak tak dapat di uploadkan banyak-banyak kat sini.jom tengok gambar-gambar lain kat facebook PRS UKM! (klik sini)

Diharapkan agar ukhwah yang terjalin semasa perkampungan berkekalan dan kami warga PRS UKM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada PRS UTM atas penganjuran perkampungan pada kali ini. sem0ga kita dapat berjumpa lagi di masa yang akan datang.

G00D LUCK T0 ALL PRS MEMBERS! =)


jangan lupa LIKE facebook URUSETIA PEMBIMBING RAKAN SISWA!



No comments:

Post a Comment