Friday 28 October 2011

Program Kepimpinan Persatuan Kaunseling Dan PRS IPT Kebangsaan 2011 (PROKEP 11)


Pada 7,8 dan 9 Oktober 2011 yang lalu, bertempat di Balai Cerap Khawarizmi, Melaka, satu program Kepimpinan Persatuan Kaunseling dan PRT IPTA Kebangsaan atau lebih dkenali dengan PROKEP 11 telah diadakan selama 3 hari 2 malam. Unit Kaunseling UKM telah menghantar seramai 7 orang ahli yang mewakili PRS UKM.


Program ini adalah cetusan idea PERKAMA INTERNATIONAL untuk menghimpunkan pemimpin Kelab Kaunseling dan Kelab PRS sendiri daripada semua Institut Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. 


Objektif program ini :


  1. Membentuk dan membina karakter kepimpinan dalam Kelab/Persatuan
  2. Mengasah bakat dan ciri-ciri kepimpinan bersesuaian dengan khidmat memberi pertolongan dan membantu
  3. Membincangkan isu-isu semasa kepimpinan kaunseling dan bidag profesion membantu di IPT
  4. Platform kepada kepimpinan Kaunseling/PRS untuk bertemu dan mengolah perspektif masa depan kaunseling dan khidmat tertentu
Sepanjang program ini dijalankan, dapat dilihat para peserta sangat bersemangat dalam memberi komitmen dan juga kerjasama sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti : 



para peserta dari setiap IPTA dalam sesi ice breaking


                   hari kedua di PROKEP 11 : sesi bersama Encik Amir, kaunselor PERKAMA



wakil dari PRS UKM


kasih sayang yang terjalin dalam diri 
 para peserta dalam slot Pasukan Berkualiti



wakil dari Borneo : UNIMAS


peserta diminta menjadi pengantin


persembahan yang menarik dari semua Ipta untuk majlis penutupan


hari terakhir di PROKEP 11


Peserta dari semua Ipta bergambar bersama dengan tetamu-tetamu VIP 

Kesimpulan yang dapat diperolehi dari program ini adalah semangat berpasukan dan kasih sayang yang diterapkan. Moga program seperti ini dapat dijalankan lagi di lain masa.

No comments:

Post a Comment