Thursday 18 August 2011

Salam Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,dengan adanya blog ini sebagai laman rasmi PRS UKM,diharapkan agar ianya dapat membantu memberi info dan maklumat yang menarik disamping dapat berkongsi pengalaman mengenai aktiviti dan program yang telah dijalankankan oleh PRSUKM.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian,Kelab Pembimbing Rakan Siswa UKM ini ditubuhkan bertujuan :

1. Membentuk satu kumpulan mahasiswa yang dapat bekerjasama dan saling tolong-menolong dalam meningkatkan potensi diri dari pelbagai aspek seperti dari segi akademik,bimbingan,nasihat dan juga sokongan terhadap satu sama lain.

2. Membangunkan potensi diri dan sifat-sifat yang positif dalam diri mahasiswa selaras dengan misi dan visi  UKM.

3.Melahirkan individu yang prihatin dan peka terhadap masalah sekeliling.

4.Menjalankan aktiviti dan program dengan kerjasama Unit Kaunseling & kerjaya  untuk membantu para pelajar kearah insan yang teguh jati diri dan cemerlang dari segi sahsiah dan rohani.

Melalui matlamat penubuhan,diharapkan agar kelab ini mendapat sambutan dan semua ahli memberi kerjasama dan sokongan padu untuk menaikkan nama kelab PRS UKM.

Nantikan kisah,pengalaman dan maklumat menarik mengenai kelab ini di entry yang akan datang!


"YOUR PROBLEM ARE SETTLE"

salam PRS =)